Thursday, 3 May 2012

Cara-cara memohon perkerjaan di syarikat swasta ataupun kerajaan

Hello semua :) 


Nie adalah post pertama yang Miss Pifey buat dan merupakan satu-satu nya isi yang ada dalam blog nie..
Pertama sekali Miss Pifey nie baru lagi dalam dunia blog jadi mohon tunjuk ajar la dari warga-warga blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia nie.. :)


Mesti banyak kat luar sana yang masih tertanya-tanya lagi kan kenapa la susah sangat nak dapat kerja ..
Jadi Miss Pifey nak kongsi la semua yang Miss Pifey belajar dari bengkel express Akademi Utama yang di anjurkan oleh En.Aziz selama dua hari. Wah 2 hari?? tak caye kan?tapi banyak info yang Miss Pifey dapat daripada beliau jadi tu lah yang best nye tu hehehe :)


Secara am nye nie adalah Kursus Asas Kerani Am / Pembantu tadbir , tetapi beliau juga masukkan beberapa asas lain seperti Asas Pengurusan Sumber Manusia (HR), Asas Komunikasi & Perhubungan Pelanggan dan juga Asas Perakaunan.


Tapi pada hari nie Miss Pifey nak ajar macam mana nak buat reume yang POWER.


Resume ada macam-macam jenis ada yang gambar kat tengah , tepi kiri dan juga tepi kanan cuma tak pernah lagi la tengok orang letak gambar dekat bawah resume huhu~~ Korang boleh but resue dalam English ataupun dalam bahasa melayu. Kalau korang buat dalam bahsa cina ke tamil ke tak sesuai pulak kan sebab utama mungkin bakal majikan korang tak faham pun ape yang korang bagi tu..


Sebelum tu, sediakan dahulu surat rasmi permohonan kerja supaya pihak sebelah sana tahu jawatan apa yang korang nak pohon tu...


Perkara penting yang mesti ada dalam resume mesti lah ada :


Gambar
Mesti lah gambar yang berukuran passport tapi untuk resume nie ada lain sikit..
kalau boleh senyum semanis-manis nya la masa tangkap gambar tu , pakaian juga mestilah yang bersesuaian..contoh nya kalau mohon jadi kerani biarlah dalam gambar tu pakai ala-ala kerani baru ada personaliti kan? tak kan lah nak pakai T-shirt , pakai pakaian menjolok mata nak di tampal pada resume tu..
tak sesuai lah...nanti bakal majikan fikir korang nak apply kerja lain pula..


Nama (mestilah nama penuh korang)
Alamat (alamat tetap korang)
nombor telefon rumah (yang nie penting mesti sertakn kalau tak de telefon rumah bagi no tel rumah kakak ke) dan juga nombor hendpon korang.


A. Data peribadi
Tarik lahir:
umur:
No.Mykad:
Tempat lahir:
Jantina :
Status : (berkahwin / bujang)
Agama:
Bangsa:


B. Fokus kerjaya
maksud nya kerjaya apa yang korang nak (cth : Pembantu tadbir perkeranian/ operasi )


C. Objektif
sama seperti matlamat, korang boleh la tulis mungkin seperti (cth: untuk menjadi kakitangan yang profesional dan berkhidmat kepada bangsa dan negara)


D.Kelebihan
Sertakan seberapa banyak kelebihan yang korang ada tapi ingat yang berkatan dengan kerja di pohon saja.
Cth: - Bertanggungjawab dan berdedikasi
       - Berkebolehan menyandang pelbagai tugasan pada masa yang sama
       - Mampu berkerja dalam kumpulan / pasukan dengan baik


E.Pencapaian Akademik
nyatakan kelulusan yang tertinggi dahulu baru diikuti dengan yang paling rendah.
kalau peringkat ijazah ataupun diploma jangan lupa sertakan CGPA korang.


F.Sijil kemahira
korang ade sijil ape?
pastikan yang berkaitan kalau mohon jadi kerani tak sesuai la kalau letak sijil menjahit.


G.Kursus-kursus yang pernah diikuti


H. Pengetahuan bahasa
mula dari bahasa malaysia dan diikuti dengan bahasa-bahsa lain yang korang reti..


cth: 
Bahasa Malaysia
pertuturan : sangat baik
penulisan : sangat baik
pemahaman : sangat baik


korang juga boleh buat dalam betuk graf dan nytakan skor kemahiran korang.


I. Kegiatan ko-kurikulum
unit beruniform:
persatuan:
sukan:


jangan lupa sertakan pangkat/jawatan yang disandang yee..


J.Pencapaian dalam sukan
Mesti ramai yang dah tahu kan majikan memang suka perkerja yang aktif..jadi nyatakan pencapaian yang pernah korang dapat (cth: mendapat tempat ketiga dalam maraton)


K.Kebolehan dan bakat
korang boleh sertakan kebolehan apa yang korang ada menyanyi , menjahit..


L.Pengalaman perkerjaan
Jawatan:
syarikat:
tempoh perkhidmatan : Dari......Hingga......
sebab berhenti:


nyatakan sekurang-kurang nya 3 perkerjaan..kalau korang pernah tukar kerja sebanyak 10 kali ambil 3 yang terbaru. jangan pandai-pandai nak sertakan semua nya yee..nanti bakal majikan korang fikir korang ade hobi tukar kerja pula..
kalau yang tak pernah berkerja lagi bahagian ini tak payah sertakan okey??


akhir sekali adalah 


Rujukan
paling kurang 2 orang perujuk bukan saudara mara korang jang letak pula sebagai rujukan
kalau sedang berkerja paling baik ambil senior korang manager ke..kan..yang paling mengenli korang..bos pun boleh juga..
INGAT bukan saudara mara korang tapi kalau nak letak ketua kampung sebagai perujuk tapi merangkap pak cik saudara korang letah jawatan nya sahaja jangan mandai-mandai nak letak Abu bin ali ketua kampung (pakcik saudara).


selesailah sudah cara buat resume..


Miss Pifey selit kan juga la cara menyusun sijil-sijil untuk resume tu..
failkan sijil-sijil asal (ori)
susun dari yang terkini sehinggalah yang terlama..
fotostat seberapa banyak mungkin jadi lain kali tak payah susah-susah nak fotostat dah..
kalau pernah berkerja atau sedang berkerja minta surat akuan (untuk membuktikan yang korang nie berpengalaman dalam bidang tersebut)
jangan lupa juga sertakan sijil lahir korang sebab nak pastikan korang nie betul rakyat malasia atau pendatang asing...


baik lah ext time Miss Pifey akan buat entry pasal persiapan untuk temu duga :0) see ya...

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space

Heart Chat Bubble