Semakin hari semakin banyak rungutan dan rasa tidak puas hati rakyat sabah dengan segelintir masyarakat nun di sana yang sengaja mengata bahawa penduduk di sabah adalah orang yang kampungan..miskin dan macam macam lagi..

Adakah ini cara manusia menilai sesebuah negeri yang bernama sabah??

Saya merupakan salah seorang rakyat sabah dan saya memang amat berbangga menjadi orang sabah..kenapa?? Sebab orang-orang di sabah tidak memperkecilkan orang lain..dan tahu menghormati orang lain. Sabah juga merupakan tempat yang kurang ancaman bahaya seperti ragut..kemalangan jalan raya juga agak kurang berbanding di tempat lain.

Sabah juga mempunyai tempat pelancongan yang sangat cantik dan sudah semestinya ramai pelancong yang datang melawat sabah kerana keindahan yempat yang semula jadi :)

Sabah juga semakin maju dengan ada nya jalan raya dua tingkat untuk memudahkan perjalanan dan menguranhkan kesesakan jalan raya. Di sabah tidak memerlukan LRT atau yang seumpama dengannya kerana pengangkutan awam yang di sediakan dengan harga serendah 50sen sudah cukup untuk di gunakan

Me'round' bandaraya kota kinabalu :)

Kemudahan kereta api juha ada di sediakan dari beaufort - tanjung aru ..
Kami pun ada bah smua tu....
Pada yang tidak mengenali sabah sila buka semula buku sejarah kalian..
Untuk pengetahuan umum sabah banyak menyumbang keuntungan pada malaysia..jangan ckp sabah dan sarawak tiada malaysia boleh kembang maju ;D hasil kebanyakannya datang dari dua buah negeri ini. Sila search google sekiranya kalian tidak percaya :)
Akhir kata hormati orang lain baru diri anda akan di hormati..hidup harmoni baru lah malaysia akan menjadi negara contoh pada negara luar..jangan disebab kan nila setitik habis sebelanga susu rosak..
Selamat menyambut hari raya....semua